skfn.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA NASARUDDIN
Km 37 Jalan Tronoh, 32600 Bota, Perak.
Tel : 6053711632, Faks : 6053711632
e-mel : skfn@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | KURIKULUM | HEM | ENROLMEN | UPSR | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | HOKI | GAMBAR | AKTIVITI | AKTIVITI 2007 | MARQUEE | TESTING | Sajarr |

SEJARAH SEKOLAH 

   

   

Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin ( cawangan SK Bota Kanan ) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1991. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan menampung keperluan persekolahan anak-anak warga FELCRA Nasaruddin Belia Bota.

Sebelum penubuhan Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin ( cawangan SK Bota Kanan ), anak-anak warga FELCRA ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan.  Jaraknya adalah 16 kilometer dari FELCRA.

Atas desakan peserta FELCRA Nasaruddin dan rundingan bersama  Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dan  Sekolah Kebangsaan Bota Kanan maka lahirlah sebuah sekolah cawangan  iaitu  Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin ( cawangan SK Bota Kanan ). Jumlah murid pada ketika itu seramai 200 orang.

Sekolah cawangan ini juga telah diberi berbagai bantuan kemudahan asas seperti kerusi, meja guru, alatan mengajar dan sebagainya  dari SK Bota Kanan dan pihak FELCRA sendiri.

Bagaimanapun  Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin ( cawangan SK Bota Kanan ) memerlukan dana kewangan bagi membaik pulih bangunan dan menyediakan  prasarana yang lengkap.

Pihak FELCRA menubuhkan Tabung Biro Pendidikan Sekolah Cawangan melalui kaedah pemotongan meja. Sebanyak RM 1500.00 dapat dikumpul setiap bulan daripada 300 keluarga. Wang ini dibelanjakan untuk pembangunan dan aktiviti sekolah.

Begitulah usaha bersungguh-sungguh pihak FELCRA dan peneroka berjuang  untuk mendapatkan sebuah sekolah.

Pada 1 Disember 1991, Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin  ( cawangan SK Bota Kanan )mempunyai  4 blok bangunan dan 1 kantin.

Pada awal tahun 1996 sebuah blok lagi dibina untuk menampung keperluan.

 Bangunan-bangunan ini adalah bangunan kayu.

 

                                                  Blok A         Bilik Darjah 1N ,
                                                      Bilik Darjah 1F ,
                                                                      Bilik Komputer ( berhawa dingin ) ,
                                                                      Bilik Guru ,
                                             Pejabat / Bilik Tetamu ,
                                               Stor Sukan
 
                                                  Blok B         Bilik Darjah 2N ,
                                                  Bilik Darjah 2F ,
                                        Dewan Sekolah ,                                             
                                               
                                                  Blok C        Bilik Darjah 4N ,
                                         Bilik Darjah 5N ,
                                                  Kelas Tadika 5 tahun ,
                                                  Bilik Guru besar         
                                                                     Pejabat Sekolah Agama Rakyat
 
                                                 Blok D         Klinik Kerajaan
                     Pusat Sumber
                     Makmal Sains
       
                                                 Blok E         Bilik Darjah 3N
                                                                    Bilik Darjah 3F
                                                                    Dewan Sekolah ( dewan yang baru menggantikan
                                                                    dewan di blok B pada tahun 1996 )
 
 
                                                                                   ISU

Ada ura-ura mengatakan bahawa Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin ( cawangan SK Bota Kanan ) perlu ditutup. Tindakan telah diambil untuk mempertahankan sekolah ini dari ditutup.

1. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 21 Mac 1996 menyatakan  bahawa Sekolah   Kebangsaan Felcra Nasaruddin ( cawangan SK Bota Kanan ) dikekalkan buat  sementara waktu.

 
2. Surat dari Ismail bin Hasbolah AMN, PPT, PJK ( Adun ) telah menghantar surat pada 30 Mac 1996 kepada Y.B Dato’ Seri   Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak  ( Menteri Pendidikan, ketika itu ) untuk memohon membina sekolah baru di  Rancangan FELCRA Nasaruddin Belia, Bota, Perak.

3. Surat dari Osman bin Haji Saleh ( Pengurus FELCRA Gugusan Nasaruddin Belia ) telah menghantar surat  bertarikh 30 Mac 1996 kepada Pengerusi Biro Pendidikan FELCRA  Gugusan Nasaruddin Belia untuk  pengesahan tapak rezab Sekolah Kebangsaan di FELCRA Gugusan Nasaruddin Belia seluas 15ekar.

 

                                                                           KEJAYAAN     

Pada tahun 1998 telah diluluskan satu projek untuk membina Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin.

Projek ini merangkumi 3 blok bangunan untuk pengajaran dan pembelajaran dan satu bangunan kantin.

Bangunan Pra didirikan bersebelahan sekolah lama.

Pada tahun 2003 secara rasminya bangunan sekolah baru ini  digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.

 

  

MAJLIS PENYERAHAN SEKOLAH BARU

   


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: